kedaihitamputih

..

Sunday, March 16, 2014

Buku: Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (Rawa) Pahang: Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau

HABIS!!
Buku: Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (Rawa) Pahang: Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau

Editor: Talib Samat & Azhar Wahid

Harga: RM 50

Halaman: 364 muka surat

     Buku ini memfokuskan susur galur hidup dan perjuangan tiga orang pahlawan Pahang berketurunan Rawa (Rao) untuk mempertahankan maruah, harga diri dan tanah air tercinta dalam era hidup mereka masing-masing.

     Tok Shahrom atau dikenali juga sebagai Tengku Ali adalah bapa kepada pahlawan Tok Gajah memiliki ilmu kepahlawanan masing-masing dan berhijrah dari Sumatera pada abad ke-19. Manakala Tok Gajah adalah bapa kepada pahlawan Mat Kilau yang ikut terlibat dalam peperangan menentang penjajah Inggeris di Pahang bersama Dato’ Bahaman dan pahlawan Pahang yang lain. Manakala Mat Kilau ialah anak pahlawan Tok Gajah ikut sama memerangi penjajah Inggeris hingga namanya terus mewangi sehingga sekarang. Mereka semua adalah pejuang kemerdekaan terawal Tanah Melayu.

     Penerbitan buku ini berupaya mengatasi kekurangan buku-buku sejarah yang menceritakan sejarah perjuangan ketiga-tiga tokoh pahlawan besar Pahang untuk dihayati semula oleh generasi kini agar sentiasa menghargai jasa tokoh-tokoh silam yang tidak akan muncul lagi pada hari ini. 

No comments:

Post a Comment