kedaihitamputih

..

Wednesday, May 9, 2012

Buku: Sembang Tepi Jalan


Buku: Sembang Tepi Jalan

Penulis: Meor

Terbitan: Merpati Jingga

Harga: RM 20

Halaman: 164 muka surat

....Sembang Tepi Jalan (STJ) adalah cerita-cerita dalam bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. Ianya apa yang terlintas dalam otak aku.
Kadang-kadang isunya menarik dan kadang-kadang tidak. Asas dan konsepnya santai, namun membawa maksud yang serius. Isu-isunya tidak kompleks. Tetapi itulah aku tulis selalu. Isunya mudah, pasal hidup, pasal mati, pasal orang miskin, pasal orang kaya, pasal orang gila, pasal Tuhan; mengikut persepsi aku kerana ku pencerita. Kefahamannya bergantung pada tahap pemahaman pembaca. Aku suka kalau pembaca suka membaca dan berfikir. Ianya bagus untuk proses kematangan.
Aku rasa semua orang politik sembahyang. Selepas tu korup sana sini, makan duit rakyat. Dosa pahala hanya sekadar kata-kata lahir di bibir.
Kita boleh menipu sesama kita, tapi tak kan boleh tipu diri kita sendiri....apatah lagi Tuhan.... –Meor Yusof Aziddin

No comments:

Post a Comment