kedaihitamputih

..

Tuesday, June 22, 2010

Perjuangan Gaji Minima Berterusan! Turun ramai- ramai!

Penyerahan Memorandum Menuntut Penggubalan

Akta Gaji Minima Kepada

Kementerian Sumber Manusia





Tarikh: 1 Julai 2010
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya

Perjuangan untuk gaji minima merupakan perjuangan yang berterusan untuk berdekad- dekad lamanya. Namun, segala seruhan dan jeritan daripada kaum pekerja untuk penggubalan akta ini seolah- olah tidak didengar oleh pihak kerajaan! Selagi suara pekerja tidak didengar, selagi itulah perjuanagan ini akan berterusan!

Oleh itu, turunlah ramai- ramai untuk menuntut hak kita sebagai kaum pekerja dan memberitahu kerajaan yang kita lantik supaya mendengar suara rakyat dan bukannya menjadi pak turut majikan!

Maklumat Lanjut Hubungi: 0123290683 @ 0192612269 @ jerit2002@gmail.com

Friday, June 18, 2010

dvd Freedom Film Fest 2009

dvd Freedom Film Fest 2009

1)Al-Fatehah Memali by Rahmat Haron
2009/30mins/Bahasa malaysia with English & chinese subtities
Recipient of FFF2009 Justin Louis Awards:

Al-Fatehah Memali memaparkan perjalanan dua orang penyanyi penulis dan penggubah lagu, Black dan Meor menyingkap peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kg. Memali Kedah. Perjalanan ini membawa mereka ke kampung tersebut di mana mereka bertemu dengan mangsa-mangsa dan saksi peristiwa berkenaan. sungguhpun tragedi ini kian dilupai oleh masyarakat Malaysia, ianya tetap diingati oleh mereka di Memali.

2) No Silver Lining: The Perak Crisis by The S-ploited
2009/20mins/Bahasa Malaysia with English & Chinese subtities
Recipient of FFF2009 Justin Louis Award:

Apa terjadi apabila 'katak-katak' melompat? Apabila 3 wakil Pakatan Rakyat telah melompat untuk menjadi penyokong Barisan Nasional, ianya telah mencetuskan pergaduhan politik untuk kuasa antara dua persekutuan politikyang bertentangan ini.No Silver Lining berusaha untuk memahami isu ini dan juga aspirasi-aspirasi rakyat Perak.

3) Kayuh by Soh Sook Hwa
2009/30mins/Bahasa Malaysia with English & Chinese subtities
Recipient of FFF2009 Justin Louis Award:

Kayuh adalah kisah pengalaman 100 orang pengayuh basikal yang berkayuh dari Alor Setar dan JB ke KL selama 16 hari untuk menyebarkan kesedaran tentang isu-isu utama yang menjadi Prihatin rakyat Malaysia yang terpinggir. Pengarah filem ini, yang juga merupakan peserta dalam kempen ini berusaha memberi makna dari segi kehidupan bagi setiap usul yang dibentangkan dalam memorandum yang diberikan kepada Parlimen pada akhir perjalanan.

Terbitan: KOMAS

Harga: RM 15



Monday, June 14, 2010

Jati Diri - Forum SABM di Kota Bharu.



Rimbun pepohon, ranting dan dedaun berayun disapa angin, melambai,
Salam dikirim dari Laut China Selatan, ombak dan bayu senja penyampai warkah dan khabar berita,
Terbentang sawah, disuburi keringat,
Alunan dikir disusuli gelagat Tok Dalang memainkan kisah sang Arjuna, kebudayaan bersulam rapat dengan Patani,
Manis senyuman, mesra sapaan, kukuh jati diri,
Biar jauh di perantaun, kecek ambo kecek anak Kelate

Saya Anak Bangsa Malaysia akan merantau ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan mengadakan sebuah forum; 5 perkara utama akan kita bicarakan dari hati ke hati, setiap satu terpahat dalam jati diri.


Kita akan membincangkan permulaan.
Kita akan membincangkan hala tuju.
Kita akan meneliti kesamarataan manusia dari sudut agama dan juga perlembagaan negara.
Kita akan membincangkan jati diri yang wajib terpahat dalam sanubari kita sebagai rakyat.
Kita akan berbicara tentang Malaysia.

Ahli panel:
Fahmi Reza
Al-Mustaqeem
Azmi Sharom
Eddin Khoo
Jayanath Appudurai


Butir-butir
Tarikh: Sabtu, Jun 19, 2010
Masa: 2-6.30 petang (Pendaftaran bermula dari jam 1.30 ptg)
Tempat: Hotel Juita Premier, 60-64 Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu

Pendaftaran adalah wajib untuk sesiapa yang ingin menghadiri forum ini. Sila daftar dengan menghantar emel kepada events@sayaanakbangsamalaysia.net atau panggil +603-2095 0435 (Rabu-Ahad, jam 12tgh-7mlm).

Thursday, May 27, 2010

Buku: Metafizik & Kosmopolitan



Buku: Metafizik & Kosmopolitan

Penulis: Khalid Jaafar

Penerbit: IKD

Harga: RM 25

Muka surat: 91 halaman

Kandungan:

Prakata

BAB 1
PERLEMBAGAAN, KEBEBASAN DAN KOSMOPOLITANISME

BAB2
METAFIZIK DAN KOSMOPOLITANISME

BAB 3
KONSPIRASI ZIONIS – SATU PENDEDAHAN

BAB 4
SAQIFAH BANI SAADAH

Tuesday, May 18, 2010

Zine: Kedudukan Islam Politik Dalam Pertentangan Kelas.



Zine: Kedudukan Islam Politik Dalam Pertentangan Kelas.

Penulis: Dr. Nasir Hashim

Harga: RM 2

Muka surat: 23 halaman

Sinopsis:

-mengupas secara ringkas mengenai konsep pertentangan kelas di dalam islam, selain menceritakan tentang kelas-kelas yang terdapat dalam Islam serta konsep dialektika.

Sunday, April 25, 2010

D08: kedaihitamputih



Tshirt: kedaihitamputih
Warna Tshirt: white & black
Saiz: s, m, L, Xl, XXL, XXXL
Harga: RM 20


Tuesday, April 13, 2010

dvd SELEPAS TSUNAMI


dvd SELEPAS TSUNAMI

sebuah filem dokumentri oleh ANNA HAR

penerbit: BRENDA DANKER

editor: CHI TOO

penerbit eksekutif: JERALD JOSEPH

penyampai: HARIS IBRAHIM

durasi: 36minit bahasa: BM dengan sarikata English

harga: RM 15

Sinopsis:

Pilihan raya ke-12 bukan setakat melibatkan perubahan empat kerajaan negeri atau kehilangan kuasa dua pertiga barisan nasional di parlimen. Ia membawa kepada pelbagai amalan yang tidak wujud dan nampak asing sebelum ini dapat dirasakn oleh rakyat buat julung kalinya. Di negeri Selangor satu badan di bawah dewan negeri ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan dana awam.

Di peringkat persekutuan, parlimen kini nampak lebih serius dengan kehadiran wakil pembangkang. Hari ini umno dan barisan nasional yang keras kepala sebelum 8mac lalu, juga sudah mula bertutur dalam bahasa perubahan. Bagaimanapun perubahan yang sebenar bukanlah semudah membuang undi pada hari pilihan raya.

Dokumentari ini menggambarkan maksud di sebalik perubahan yang sering dicanangkan.


Buku: Perburuan


HABIS!!
Buku: Perburuan

Penulis: Pramoedya Ananta Toer

Terbitan: Wira Karya

Harga: RM 8

Muka surat: 145m/s

Sinopsis:

Perburuan, novel penting Pramoedya yang pertama ditulis semasa beliau ditahan kerana perjuangan menentang penjajahan Belanda.
Plot novel mengabungkan bermacam pertentangan cinta dengan benci, setia dengan belot, gembira dengan sedih. Perburuan berakhir dengan kejayaan perjuangan menentang penjajahan, akan tetapi malangnya Hardo kehilangan kekasih, yang gugur akibat peluru sesat Jepun. Novel ini sentiasa mengingatkan kita betapa pentingnya kebebasan bagi manusia.