kedaihitamputih

..
Showing posts with label acara. Show all posts
Showing posts with label acara. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Pembukaan Kedai Hitam Putih

bermula 22feb2012, kedaihitamputih akan beroperasi di premis yang beralamat:-

Kedai Hitam Putih,
d/a Arap Trading,
S/3, 202 Jalan Merbau (berdekatan Pasar Kubang Pasu)
15300, Kota Bharu, Kelantan

Sunday, April 24, 2011

Tuesday, July 27, 2010

50 tahun kezaliman isa

candle light vigil
1 ogos 8mlm
tempat: taman hijau,jalan sultanah zainab(selepas padang merdeka) kota bharu kelantan.
sila pakai baju merah & bawa lilin
anakmuda wajib datang!!

Friday, July 16, 2010

tayangan filem dan diskusi santai. sempena 50 tahun akta zalim iSA

tayangan filem dan diskusi santai: sempena 50 tahun akta zalim iSA

tarikh: sabtu 24 julai 2010

masa: 2 petang

lokasi: perpustakaan awam islam dar nur al-zahra', (belakang billion)
5529, lorong merican off jalan telipot,
15150, kota bharu, kelantan.




Tuesday, June 22, 2010

Perjuangan Gaji Minima Berterusan! Turun ramai- ramai!

Penyerahan Memorandum Menuntut Penggubalan

Akta Gaji Minima Kepada

Kementerian Sumber Manusia





Tarikh: 1 Julai 2010
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya

Perjuangan untuk gaji minima merupakan perjuangan yang berterusan untuk berdekad- dekad lamanya. Namun, segala seruhan dan jeritan daripada kaum pekerja untuk penggubalan akta ini seolah- olah tidak didengar oleh pihak kerajaan! Selagi suara pekerja tidak didengar, selagi itulah perjuanagan ini akan berterusan!

Oleh itu, turunlah ramai- ramai untuk menuntut hak kita sebagai kaum pekerja dan memberitahu kerajaan yang kita lantik supaya mendengar suara rakyat dan bukannya menjadi pak turut majikan!

Maklumat Lanjut Hubungi: 0123290683 @ 0192612269 @ jerit2002@gmail.com

Monday, June 14, 2010

Jati Diri - Forum SABM di Kota Bharu.



Rimbun pepohon, ranting dan dedaun berayun disapa angin, melambai,
Salam dikirim dari Laut China Selatan, ombak dan bayu senja penyampai warkah dan khabar berita,
Terbentang sawah, disuburi keringat,
Alunan dikir disusuli gelagat Tok Dalang memainkan kisah sang Arjuna, kebudayaan bersulam rapat dengan Patani,
Manis senyuman, mesra sapaan, kukuh jati diri,
Biar jauh di perantaun, kecek ambo kecek anak Kelate

Saya Anak Bangsa Malaysia akan merantau ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan mengadakan sebuah forum; 5 perkara utama akan kita bicarakan dari hati ke hati, setiap satu terpahat dalam jati diri.


Kita akan membincangkan permulaan.
Kita akan membincangkan hala tuju.
Kita akan meneliti kesamarataan manusia dari sudut agama dan juga perlembagaan negara.
Kita akan membincangkan jati diri yang wajib terpahat dalam sanubari kita sebagai rakyat.
Kita akan berbicara tentang Malaysia.

Ahli panel:
Fahmi Reza
Al-Mustaqeem
Azmi Sharom
Eddin Khoo
Jayanath Appudurai


Butir-butir
Tarikh: Sabtu, Jun 19, 2010
Masa: 2-6.30 petang (Pendaftaran bermula dari jam 1.30 ptg)
Tempat: Hotel Juita Premier, 60-64 Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu

Pendaftaran adalah wajib untuk sesiapa yang ingin menghadiri forum ini. Sila daftar dengan menghantar emel kepada events@sayaanakbangsamalaysia.net atau panggil +603-2095 0435 (Rabu-Ahad, jam 12tgh-7mlm).

Saturday, December 5, 2009

Acara Sempena Hari Hak Asasi Manusia

[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]