kedaihitamputih
Tuesday, November 6, 2012
dvd Feedom Film Fest 2012
Wednesday, November 9, 2011
dvd Feedom Film Fest 2011

Monday, August 8, 2011
dvd Feedom Film Fest 2010

dvd Feedom Film Fest 2010
Terbitan: KOMAS
Harga: RM 15
Kandungan:
1. Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah
oleh Sheridan Mahavera & Siti Nurbaiyah ( 30 min )
- Ini adalah kisah mengenai dua masyarakat dan pemindahan sebuah kuil. Filem ini menyingkap dan melihat disebalik tabir laporan media yang telah disensasikan bagi memahami bagaimana konflik telah dicetuskan.
2. Hak Di Nafikan
oleh Abri Yok Chopil & Shafie bin Dris ( 30 mins )
- Pada 17 Mac 2010, lebih daripada 2000 Orang Asli telah berhimpun sebagai tanda protes terhadap cadangan polisi tanah baru, yang dipercayai tidak membawa manfaat kepada mereka. Dokumentari ini yang dibuat oleh sekumpulan orang asli – menyuarakan pendapat mereka mengenai isu ini
3. Pilih oleh Loo Que Lin ( 30 min )
- Filem ini yang dibawa dalam bentuk program wawancara, mengkaji realiti pilihanraya kampus secara kreatif. Ia menunjukkan mengapa golongan belia mempunyai sikap tidak ambil tahu dan bagaimana demokrasi berfungsi di Malaysia.
dvd Feedom Film Fest 2008
dvd Feedom Film Fest 2008
Terbitan: KOMAS
Harga: RM 15
Kandungan:
1. Who Speaks for Me? by Justin Johari Azman
( with English & BM subtitles, 30 mins )
- This documentary highlights the main issues in the recent general election in Malaysia namely the cancellation of the usage of indelible ink at the last minute and also looks at what were some of the factors that brought about change in the last election. It also provides an idea of what else citizens need to do to ensure a better system of democracy in Malaysia.
2. Pilihanraya Umum Malaysia ke-12: Demokerasi atau rebutan kerusi
by Abror Rivai ( with English & BM subtitles, 30 mins )
- This documentary highlights the main issues in the recent general election in Malaysia namely the cancellation of the usage of indelible ink at the last minute and also looks at what were some of the factors that brought about change in the last election. It also provides an idea of what else citizens need to do to ensure a better system of democracy in Malaysia.
3. Pecah Lobang by Poh Si Teng
( with English & BM subtitles, 30 mins )
- Pecah Lobang explores what it’s like to be a Muslim transsexual sex worker in Malaysia. Shot in the Chow Kit red light district, the documentary revolves around Natasha, a Muslim Mak Nyah, who refuses to live life as a man. Unable to secure employment because of discrimination, Natasha turns to sex work and lives in constant fear of the police and religious authorities. Crossdressing is a crime under the Syariah court system for Muslims and the penalties are severe. But it wasn’t always so. How did Malaysia become so heavy-handed on the transsexual community?
dvd Feedom Film Fest 2007
dvd Feedom Film Fest 2007
Terbitan: KOMAS
Harga: RM 15
Kandungan:
1. She’s My Sons by Indrani Kopal
(Tamil & English with English & BM subtitles, 25 mins)
- “Dia anakku” mengisahkan cerita seorang transgender dari kaca mata ibunya. Suganya berani berhadapan dengan realiti menukar jantinanya, dan kini keluarga dan kawannya menerima hakikat realiti juga.
2. Bo Lang Chai by Boon Keong
( Mandarin & English with English & BM subtitles, 35 mins )
- Suku kaum jeti terutamanya sumbangan pekerja eksport kian dilupakan. Kawasan kediaman mereka yang kian pupus, kini ada harapan untuk tanah mereka disahkan, dengan adanya permohonan George Town mencapai status Bandar Warisan Dunia.
( BM with English subtitles, 36mins )
- Dokumentari ini berkisarkan jalanan peristiwa kemuncak sewaktu hari Hartal, yang memaparkan protes terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaya hasil daripada jajahan Kerajaan British dan UMNO pada 1947 – satu kebangkitan pergerakan demokratik rakyat Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.
dvd Freedom Film Fest 2006
dvd Freedom Film Fest 2006
Terbitan: KOMAS
Harga: RM 15
Kandungan:
1. “ The Invisible Children” by Hariati Azizan
- Di Malaysia, terdapat kira 9000 kanak-kanak pelarian yang hidup terumbang-ambing dalam masyarakat kita. Dinafikan hak menerima pendidikan, persekolahan mereka di peringkat komuniti sering dilanda masalah infrastruktur dan mutu pengajaran yang lemah.
-Seorang penoreh getah kecundang dek sebuah proses perundangan yang melarat, dalam usahanya menuntut gaji yang dihutang kepadanya. Sesungguhnya, keadilan yang ditunda penghakimannya, dinafikan pertahanannya
3. “Kopi O Khau Sikit Kurang Manis” by Andrew Sia
- Apakah kisahnya, Polis Diraja Malaysia? Sebuah dokumentari hip-hop mengenai insiden ketuk ketampi dan tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan rekod pencegahan jenayah yang mengecewakan. Bagaimanakah caranya untuk menyuntik integriti demi bergelar perkhidmatan yang mesra, cepat dan betul?
4. “Twelve 11” by Loh Yin San & Claudia Theophilus
- Mendalami misteri di sebalik sebuah tragedi yang mengorbankan 48 nyawa dan menggegarkan negara. Twelve 11 mempersoalkan kehilangan nyawa dan harta benda dalam kejadian ini, dan bagaimana sistem undang-undang telah menggagalkan penerimaan keadilan oleh pihak mangsa.
dvd Mari Kita Beraktivism! Kumpulan cerita-cerita rakyat & hak asasi di Malaysia
dvd Real Cit Ed

dvd Real Cit Ed
Terbitan: KOMAS
Harga: RM 10
Kandungan:
Empat video pendek untuk bengkel pendidikan kerakyatan. Kenali pihak PBT, Hak Pembagunan, Transparensi & Kuasa Dlm Bilangan.
Kompilasi dvd video ini mengutarakan cerita pendek yang diterbit khas untuk digunakan sebagai alat pemula perbincangan yang terbuka mengenai isu-isu urus tadbir yang mempunyai kesan terhadap kehidupan warga Malaysia biasa.
dvd Suara Asli Tanah Asli
Wednesday, June 23, 2010
dvd GADOH

dvd GADOH
Duration: 70 mins
Director: Brenda Danker, Namron
Producer: Anna Har
Production Company: Big Pictures Productions
Supported by Pusat KOMAS
Starring: Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Language: Bahasa Malaysia with English/BM subtitles
harga: RM 15
Sinopsis:
Gadoh memaparkan sekumpulan remaja yang sering bergaduh atas sebab perkauman. Keadaan persekitaran sosial mereka dan sistem sekolah dalam menangani masalah-maslah yang dihadapi mereka juga mendorong percetusan pergaduhan mereka.
Dengan kepercayaan bahawa perubahan boleh dicapai, seorang guru mendapatkan rakannya yang merupakan aktivis teater untuk mengatasi masalah kumpulan remaja tersebut.
Adakah masih ada harapan dalam kitaran diskriminasi yang menyelubungi hidup kita?
Tontonilah Gadoh untuk memahami kisah mereka.
Friday, June 18, 2010
dvd Freedom Film Fest 2009

dvd Freedom Film Fest 2009
1)Al-Fatehah Memali by Rahmat Haron
2009/30mins/Bahasa malaysia with English & chinese subtities
Recipient of FFF2009 Justin Louis Awards:
Al-Fatehah Memali memaparkan perjalanan dua orang penyanyi penulis dan penggubah lagu, Black dan Meor menyingkap peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kg. Memali Kedah. Perjalanan ini membawa mereka ke kampung tersebut di mana mereka bertemu dengan mangsa-mangsa dan saksi peristiwa berkenaan. sungguhpun tragedi ini kian dilupai oleh masyarakat Malaysia, ianya tetap diingati oleh mereka di Memali.
2) No Silver Lining: The Perak Crisis by The S-ploited
2009/20mins/Bahasa Malaysia with English & Chinese subtities
Recipient of FFF2009 Justin Louis Award:
Apa terjadi apabila 'katak-katak' melompat? Apabila 3 wakil Pakatan Rakyat telah melompat untuk menjadi penyokong Barisan Nasional, ianya telah mencetuskan pergaduhan politik untuk kuasa antara dua persekutuan politikyang bertentangan ini.No Silver Lining berusaha untuk memahami isu ini dan juga aspirasi-aspirasi rakyat Perak.
3) Kayuh by Soh Sook Hwa
2009/30mins/Bahasa Malaysia with English & Chinese subtities
Recipient of FFF2009 Justin Louis Award:
Kayuh adalah kisah pengalaman 100 orang pengayuh basikal yang berkayuh dari Alor Setar dan JB ke KL selama 16 hari untuk menyebarkan kesedaran tentang isu-isu utama yang menjadi Prihatin rakyat Malaysia yang terpinggir. Pengarah filem ini, yang juga merupakan peserta dalam kempen ini berusaha memberi makna dari segi kehidupan bagi setiap usul yang dibentangkan dalam memorandum yang diberikan kepada Parlimen pada akhir perjalanan.
Terbitan: KOMAS
Harga: RM 15
Tuesday, April 13, 2010
dvd SELEPAS TSUNAMI
dvd SELEPAS TSUNAMI
sebuah filem dokumentri oleh ANNA HAR
penerbit: BRENDA DANKER
editor: CHI TOO
penerbit eksekutif: JERALD JOSEPH
penyampai: HARIS IBRAHIM
durasi: 36minit bahasa: BM dengan sarikata English
harga: RM 15
Sinopsis:
Pilihan raya ke-12 bukan setakat melibatkan perubahan empat kerajaan negeri atau kehilangan kuasa dua pertiga barisan nasional di parlimen. Ia membawa kepada pelbagai amalan yang tidak wujud dan nampak asing sebelum ini dapat dirasakn oleh rakyat buat julung kalinya. Di negeri Selangor satu badan di bawah dewan negeri ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan dana awam.
Di peringkat persekutuan, parlimen kini nampak lebih serius dengan kehadiran wakil pembangkang. Hari ini umno dan barisan nasional yang keras kepala sebelum 8mac lalu, juga sudah mula bertutur dalam bahasa perubahan. Bagaimanapun perubahan yang sebenar bukanlah semudah membuang undi pada hari pilihan raya.
Dokumentari ini menggambarkan maksud di sebalik perubahan yang sering dicanangkan.
