kedaihitamputih

..

Wednesday, May 9, 2012

Buku: Sembang Tepi Jalan – Syurga Yang Hilang


Buku: Sembang Tepi Jalan – Syurga Yang Hilang

Penulis: Meor

Terbitan: Merpati Jingga

Harga: RM 20

Halaman: 133 muka surat

.....Sembang Tepi Jalan ceritanya ditulis sekali lalu dan ianya emosi saya di waktu itu tatkala menulis. Sebahagiannya adalah pendapat peribadi (point of view) dan sebahagiannya adalah imaginasi. Menyentuh tentang siri ‘Syurga Yang Hilang’, saya harap ada sikap keterbukaan kita dalam menilai apabila membaca novel ini. Biasalah cerita, ada watak baik dan sebaliknya. Nampak juga seakan Adam sebagai seorang free-thinker yang penuh dengan keegoan dengan fahaman yang dipegangnya. Walau apa pun, di penghujungnya masih juga ada sinar selagi dalam diri kita ada sikap jujur dalam mengenal, bagi sayalah. Jadi apa yang baik di dalam novel tersebut, kita ambil dan tak baik kita jadikan sempadan.....– Meor Yusof Aziddin

Buku: Sembang Tepi Jalan


Buku: Sembang Tepi Jalan

Penulis: Meor

Terbitan: Merpati Jingga

Harga: RM 20

Halaman: 164 muka surat

....Sembang Tepi Jalan (STJ) adalah cerita-cerita dalam bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. Ianya apa yang terlintas dalam otak aku.
Kadang-kadang isunya menarik dan kadang-kadang tidak. Asas dan konsepnya santai, namun membawa maksud yang serius. Isu-isunya tidak kompleks. Tetapi itulah aku tulis selalu. Isunya mudah, pasal hidup, pasal mati, pasal orang miskin, pasal orang kaya, pasal orang gila, pasal Tuhan; mengikut persepsi aku kerana ku pencerita. Kefahamannya bergantung pada tahap pemahaman pembaca. Aku suka kalau pembaca suka membaca dan berfikir. Ianya bagus untuk proses kematangan.
Aku rasa semua orang politik sembahyang. Selepas tu korup sana sini, makan duit rakyat. Dosa pahala hanya sekadar kata-kata lahir di bibir.
Kita boleh menipu sesama kita, tapi tak kan boleh tipu diri kita sendiri....apatah lagi Tuhan.... –Meor Yusof Aziddin

Buku: 100 Tahun Akhbar & Majalah Melayu di Selangor

HABIS!!
Buku: 100 Tahun Akhbar & Majalah Melayu di Selangor

Penulis: Mohd Yusof Ibrahim & Zainuddin Leman

Penerbit: Tinta

Harga: RM 28

Muka surat: 175 halaman

Kandungan:

Pendahuluan

TINJAUAN
KALSIFIKASI PENERBITAN
ISU POLITIK
ISU EKONOMI
ISU KEMASYARAKATAN, AGAMA & SASTERA
EPILOG

Monday, April 30, 2012

Buku: KATA 3

HABIS!!
Buku: KATA 3

Penulis:
AA Fatih, Aedi Asri, Aisyah Hussein Rais, Diyana Sulaiman, Fievelski Rensler, Hafiz Hamzah, Hud Hanafee, Leana Makhdzir, Maisarah Abdul Kadir, Mohamad Farez Karim, Mohd Sazni, Muhammad Nazreen, Nadi J Mahfix, Raja Muhammad Aliff, Rasyidah Othman, Saidatul Madiha, Shafiq Halim, Tramizi Hussin, Zulwaqar Akram, Wan Nor Azriq.

Terbitan: Jargon Books

Harga: RM 25

Muka surat: 202 halaman

Kandungan: cerpen, sajak, interviu, reviu, esei

Saturday, April 14, 2012

Buku: Menyurat Kepada Sahabat. Warkah-warkah Peribadi 1975-2002


Buku: Menyurat Kepada Sahabat. Warkah-warkah Peribadi 1975-2002
Penulis: Anwar Ridhwan
Penerbit: SIRD
Harga: RM 30
Muka surat: 284 halaman
Kandungan:
Buku ini merupakan genre yang jarang-jarang muncul dalam sejarah penerbitan tanah air. Surat-surat peribadi 1975-2002 Anwar Ridhwan dalam buku ini membicarakan pelbagai isu bahasa, sastera, penerbitan, budaya, politik dan sosio ekonomi, termasuk yang ditulisnya ketika bermukim beberapa ketika di London, England.
Ia mengandungi beberapa pandangan, fakta, data dan informasi yang boleh dijadikan renungan serta rujukan. Dengan menggunakan kandungan dalam buku ini sebagai rujukan, kita akan mengetahui beberapa kemelut masa lampau dan akan menyedari seaneka perubahan berbanding apa yang telah berlaku lebih tiga dekad yang lalu.

Buku: Sejarawan dan Persejarahan Melayu. Tradisi & Transformasi


Buku: Sejarawan dan Persejarahan Melayu. Tradisi & Transformasi
Penulis: Mohd Yusof Ibrahim
Penerbit: Tinta
Harga: RM 25
Muka surat: 194 halaman
Kandungan:
Prakata
Penghargaan
Pendahuluan
Mejar Datuk Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman
Muhammad Yusof bin Sultan Mahyuddin
Ibrahim Mahmood
Muhammad Rakawi bin Yusof
Syed Abdullah bin Abdul Hamid Al Edrus
Muhd Hanif
Darus Ahmad
Abdul Samad Ahmad
Abdullah Abbas Nasution
Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Buku: Sejarawan dan Persejarahan Melayu. Warisan & Kesinambungan.


Buku: Sejarawan dan Persejarahan Melayu. Warisan & Kesinambungan.
Penulis: Mohd Yusof Ibrahim
Penerbit: Tinta
Harga: RM 25
Muka surat: 209 halaman
Kandungan:
Prakata
Penghargaan
Pendahuluan
Tun Seri Lanang
Raja Chulan
Abdullah Musyi
Raja Ali Haji
Muhammad Ibrahim Munsyi
Ahmad Syawal Abdul Hamid
Mohamad Haji Alias
Muhammad Hassan To’ Kerani
Abdullah Basmeih

Friday, April 13, 2012

Buku: Membina Bangsa Malaysia

Buku: Membina Bangsa Malaysia

Terbitan: SIRD

Harga: RM 23

Muka Surat: 199 halaman

Kandungan:

Kata Pengantar -Profesor Dr. Jomo KS
Nota Editor -Dr. Aida Idris & Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah

Undang-undang dan Masyarakat
. Abdul Aziz Bari

Media, Teknologi Maklumat dan Cabaran Semasa
. Ooi Heng

Ekonomi dalam Era Globalisasi: Meninjau Kesan Dasar dan Nilai
. Aida Idris

Merakyatkan Seni-Budaya
. Dinsman

Pemuda Khalifah atau Boneka
. Abu Hassan Hasbullah

Menjana Modal Insan: Suatu Pendekatan Holistik
. Syed Ibrahim Syed Noh