Buku: Sembang Tepi Jalan
Penulis: Meor
Terbitan: Merpati Jingga
Harga: RM 20
Halaman: 164 muka surat
....Sembang Tepi Jalan (STJ) adalah cerita-cerita dalam
bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. Ianya apa
yang terlintas dalam otak aku.
Kadang-kadang isunya menarik dan kadang-kadang tidak. Asas
dan konsepnya santai, namun membawa maksud yang serius. Isu-isunya tidak
kompleks. Tetapi itulah aku tulis selalu. Isunya mudah, pasal hidup, pasal
mati, pasal orang miskin, pasal orang kaya, pasal orang gila, pasal Tuhan;
mengikut persepsi aku kerana ku pencerita. Kefahamannya bergantung pada tahap
pemahaman pembaca. Aku suka kalau pembaca suka membaca dan berfikir. Ianya
bagus untuk proses kematangan.
Aku rasa semua orang politik sembahyang. Selepas tu korup
sana sini, makan duit rakyat. Dosa pahala hanya sekadar kata-kata lahir di
bibir.
Kita boleh menipu sesama kita, tapi tak kan boleh tipu diri
kita sendiri....apatah lagi Tuhan.... –Meor Yusof Aziddin
No comments:
Post a Comment