Buku: Sajak-Sajak Naif (1979-1989)
Penulis: Amirul Fakir
Penerbit: Teratak Nuromar
Harga: RM 20
Halaman: 44 mukasurat
Kandungan:
Kata-kata Penerbit
Pengenalan oleh Rahmat Haron
Sekilas Kenangan oleh Permata-Permata ‘Abah’
40 puluh buah puisi di dalam Kumpulan
Sajak-sajak Naif ini dipilih khas oleh Amirul Fakir sendiri dan dihasilkan di
antara tahun 1979 ke 1989 – fasa-fasa awal pembabitannya di dalam dunia
perpuisian. Dalam keadaan dunia sastera dibanjiri karya-karya bersifat
komersial dan kadangkala mengampu, beliau tetap utuh memperjuangkan nilai-nilai
sastera yang kompleks, sekompleks persekitaran sosial dan politik yang
mengitari hidup kita.
Namun kedegilan beliau berupaya mengail komentar dari
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad seperti yang tercatit di dalam buku Kumpulan
Cerpen Mea Culpa (2008);
Benar bahawa
AF menentang konvensi dan sekaligus juga cuba merevolusikan persoalan dan
teknik penceritaannya dari konvensi kepada sesuatu yang baru tapi AF tidak lagi
lari dari landasan fitrah mulanya. Kekerdilan dirinya disisiNya masih wujud. Kepasrahannya
kepadaNya masih ketara.
Al-Fatihah
buat Amirul Fakir. Sebahagian keuntungan jualan untuk tabung pendidikan
anak-anak arwah. -Penerbit
No comments:
Post a Comment