Buku: Pertemuan di Pusara. Kisah benar seorang wanita yang
gigih mencari hakikat dirinya dan keturunannya.
Penulis: Noraeni Mohamed & Tan Ean Nee
Harga: RM 35
Halaman: 194 muka surat
Penyakit kusta telah menjadi stigma dalam
masyarakat suatu ketika dahulu sehingga ke hari ini. Tapi ilmu dan kefahaman,
masyarakat akan terus mempunyai sudut pandang negatif terhadap pesakit kusta.
Akibat stigma ini, pentadbiran British sekitar tahun 1950-an telah menempatkan
para pesakit kusta ke Sungai Buloh.
Ketahuilah mereka tidak menderita
kerana penyakit kusta, tetapi mereka menderita terseksa kerana undang-undang
manusia yang menafikan hak asasi mereka untuk hidup bermasyarakat, dihormati,
memperoleh kebahagian dan dikasihi sebagaimana manusia lainnya yang mahu hidup
berkeluarga dan mempunyai keturunan. Mereka perlukan sokongan masyarakat untuk
turut diiktiraf.
Kisah Noraeni menjejak susur galur keturunan
beliau yang akhirnya dipertemukan di pusara bondanya amat menyentuh perasaan.
Ini merupakan sebuah pengalaman yang indah walaupun menyakitkan. Buku ini berjaya
merakamkan dan memuatkan sesuatu yang berharga bagi komuniti Sungai Buloh dalam
lorek hitam putih dan suka duka masa lalu. Justeru kita amat berharap agar anak
dan waris keturunan mereka berjaya untuk bersatu semula sementara kedua ibu
bapa mereka masih bernafas..
No comments:
Post a Comment